Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Istimewanya Anak Yatim

|
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.


(Riwayat Ibnu Majah)


Mari biayai anak-anak Rumah Putera Harapan: Click

Nabi s.a.w dan Pengasuh Anak Yatim

|
Zaid Bin Aslam berkata: Nabi s.a.w bersabda:

Saya dengan orang yang memelihara anak yatim di syurga bagaikan dua jari ini, sambil menunjukkan kedua jari telunjuk dengan jari tengah

Tanbihul Ghafilin M.S 531 Bab Berlaku Baik Terhadap Anak Yatim



Mari biayai anak-anak Rumah Putera Harapan: Click

Memelihara Anak Yatim

|
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasullullah s.a.w bersabda:

Sesiapa yang memelihara seorang anak yatim dari kaum muslimin untuk menjamin makan minumnya sehingga ia cukup sendiri, maka Allah mewajibkan keatasnya syurga dengan pasti kecuali jika ia berbuat amal yang tidak diampunkan Allah. Dan siapa yang dicabut Allah penglihatannya (kesayangannya) lalu sabar dan mengharap pahala dai Allah maka Allah mewajibkan keatasnya syurga yang pasti kecual jika ia berbuat amal yang tidak diampunkan oleh Allah. Dan ketika ditanya: Apakah karimah ( kesayangannya itu?) Jawab Nabi s.a.w : Matanya. Dan siapa yang mempunyai tiga puteri lalu didik dan dibelanjai sehingga mati atau kahwin, maka Allah mewajbkannya syurga kecual jika ia berbuat amal yang tidak diampunkan oleh Allah. lalu seorang badwi bertanya: Ya Rasullullah, bagaimana jika hanya dua orang puteri? Jawab Nabi s.a.w : Juga Dua orang puteri. Ibn Abbas jika menceritakan hadtih ini berkata: Bahawa hadith ini termasuk daripada hadith ganjil istimewa.
Tanbihul Ghafilin M.S 527 Bab Berlaku Baik Terhadap Anak Yatim



Biayai kehidupan anak-anak Rumah Putera Harapan: Click

Dosa-Dosa Besar

|
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanada Muhammad bin Al-Fadhel dari Ibn Umar r.a Ketika ditanya tentang dosa-dosa besar, Jawabnya:

  1. Syirik menyekutukan Allah dengan sesuatau
  2. Membunuh orang Mu'min dengan sengaja
  3. Lari dari perang jihad
  4. Menuduh berzina wanita yang sopan
  5. Memakan harta anak yatim
  6. Makan riba
  7. Derhaka kepada kedua ibu bapa
  8. Berbuat sihir
  9. Menghalalkan barang yang haram

Tanbihul Ghafilin M.S 528 Bab Berlaku Baik Terhadap Anak Yatim

Hati Keras

|
Abud-Darda berkata:

Ada seorang datang kepada Nabi s.a.w mengeluh, kerana hatinya keras. Maka Nabi s.a.w bersabda kepadanya:

Jika engkau mahu lunak hatimu, maka usaplah kepala anak yatim dan beri makan kepadanya

Tanbihul Ghafilin M.S 528 Bab Berlaku Baik Terhadap Anak Yatim