Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Kareem

|
Sempena bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini, kami di Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau ingin mengajak saudara saudari yang diberkati Allah sekalian untuk beramal jariah. Anak-anak RPH kini memerlukan beberapa keperluan asas untuk menjalani kehidupan seharian di rumah perlindungan RPH. Bagi memudahkan saudara saudari menderma untuk anak-anak RPH, kami melancarkan dua kempen jariah iaitu:
  1. Ku Damba Kasihmu
  2. Taja Buku Titipkan Ilmu
Kempen Ku Damba Kasihmu adalah untuk mendapatkan dana bagi membeli beberpa keperluan seperti
  1. Tikar getah 
  2. Kerusi
  3. Kain sarong
  4. Bantal 
  5. Juadah berbuka puasa 
  6. Baju raya
Sumbangan ikhlas tuan puan akan diuruskan oleh pihak pengurusan RPH untuk membeli yang lebih penting terlebih dahulu. Sumbangan boleh dimasukkan terus ke akaun RPH

Bank Islam Malaysia Berhad  
Penama: Rumah Putera Harapan, ABIM Negeri Sabah
No Akaun: 10016010066811

atau hubungi Ustaz Sabri (Pengurus RPH Ranau) untuk menghulurkan bantuan wang tunai atau barangan yang tersenarai diatas. +60198993315 | +60198833197 | +6088876296

--

Kempen  Taja Buku Titipkan Ilmu pula adalah untuk mendapatkan sumbangan orang ramai mendermakan buku-buku ilmiah sesuai untuk bacaan remaja dan kanak-kanak. Anak-anak RPH mempunyai banyak masa senggang untuk diisi dengan membaca. Namun buku yang terhad tidak membantu pembesaran minda mereka. Mereka memerlukan lebih banyak bahan bacaan.


Buku-buku yang ingin didermakan boleh lah dihantar ke

Sekretariat ABIM Sabah (Diatas Restoran Sutera Bayu)

No. 28, Tingkat 1
Lorong Grace Square Jalan Pantai Sembulan 
88100 Kota Kinabalu Sabah  
Tel: 088 212080 
Faks: 088 232237 / 212080

Atau hantar terus ke RPH Ranau;

Rumah Putera Harapan Ranau (Bersebelahan Masjid Daerah Ranau)
Lot No 3, Bangunan Serbaguna Koperasi Bakti
Peti Surat 960,
89308 Ranau Sabah,
Malaysia.
+60198993315 | +60198833197 | +6088876296

Zaid Bin Aslam berkata Nabi s.a.w. bersabda: "Saya dengan orang yang memelihara anak yatim di syurga bagaikan dua jari ini, sambil menunjukkan kedua jari telunjuk dengan jari tengah" (Tanbihul Ghafilin, Berlaku Baik Terhadap Anak Yatim)

Harun Yahya Conference

|
(Klik imej untuk besarkan)

2 Mei 2011 
9.00 - 11.30 pagi
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Tips Untuk Kaum Bakal Ibu/Ibu Bagi Mendapat Anak Soleh

|
Ditulis oleh: Prof. Madya Dr. Norita Md Norwawi di host kan di iluvislam.com

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa." [Surah Al Furqan, 74]




1) Lazimi makanan yang Halaalan Toyyiban- terutama yang makanan yang diproses pastikan Halal dan Toyyib

2) Berusaha untuk menghafaz Al-Quran bagi mendidik deria pendengaran janin- Boleh mulakan dengan surah-surah lazim. Allah berikan kita kekuatan aqal, jangan under estimate atau kufur dengan nikmat akal. Don't say no before you even start. Saya pernah mendengar kata seorang ustaz, jika kita dah berniat untuk menghafal Al-Quran dan berusaha untuk menghafaz tetapi dijemput dengan ajal terlebih dahulu, maka malaikat akan bantu kita dalam alam barzakh untuk habiskan hafazan 30 juzu'. Wallahuálam.

3) Gunakan bahasa -bahasa yang baik semasa berkomunikasi- Jauhkan perkataan yang kasar, carut, sumpah dan laknat. Mulai belajar menggunakan bahasa yang baik dan positif. Contoh yang diberi adalah apabila nak suruh anak solat. "Solat sekarang, kalau tidak masuk neraka". Walaupun mesej betul tetapi bahasa kurang sesuai. Bagaimana kalau - "anak-anak, sekarang waktu solat sudah masuk. Allah beri kita mata untuk kita melihat, kaki untuk kita berjalan. Kalau kawan kita berikan kita kuih, kita akan ucapkan apa? tentunya "terima kasih". Begitu juga kita dengan Allah, kita kena ucapkan terima kasih dengan pelbagai nikmat yang Allah berikan. Caranya pergi solat. Allah kata kalau orang yang berterima kasih dengan Allah, nanti Allah akan pasti tambah lagi. Allah sayang dengan orang yang tahu bersyukur dengan ni'mat Allah." Tak mungkin pemikiran agung (Islam) disampaikan dengan bahasa yang kasar dan kesat. Sedangkan iklan maksiat pun guna bahasa yang menarik, apatah lagi dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim.

4) Mentadabbur Al-Quran melalui majlis ilmu- Oleh itu, disarankan juga untuk pelajari Bahasa Arab bagi membantu memahami ayat yang dibaca dan menghayati maksudnya.

5) Belajar ilmu-ilmu lain- yang diperlukan dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim dalam rahim.

6) Amalkan mandi sunat Pagi Jumaat- Jika terlupa niat mandi sunat Jumaat, niatkan waktu mandi petang. Jika terlupa hari Jumaat, hari Sabtu baru teringat, maka niatlah pada hari Sabtu. Menunjukkan satu komitmen bagimelahirkan generasi pemimpin berperibadi Muslim.

Hubungan suami-isteri adalah satu tanggung jawab membina generasi pemimpin berperibadi Muslim, bukan sekadar melepaskan keinginan shahwat.

Akhir kalam :

"Didalam rahim ku, generasi pemimpin berperibadi Muslim. Ditanganku, generasi pemimpin berperibadi Muslim."

--
Jangan lupa untuk terus memberi sumbangan kepada anak-anak RPH Ranau. Untuk keterangan lanjut, sila klik disini.

Hubungi RPH

|

Pihak admin weblog RPH meminta maaf sekiranya terdapat persoalan daripada pengunjung yang belum dijawab. Hal ini kerana pihak kami tidak lagi dapat mengemaskini weblog RPH secara berkala. Untuk maklumat lanjut mengenai RPH, sila hubungi:

Ust Mohd Sabri Abdullah
Tel HP: 0198993315 / 0198833197
Tel: 088-876296
Pengurus Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau
Penolong Setiausaha ABIM Ranau

Haji Sainuri Bin Yahmin
Tel: 0198801999
Email: sainuri2008@gmail.com
Ahli lembaga penasihat Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau
Pengerusi Wadah pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) negeri Sabah