Tanbihul Ghafilin M.S 527 Bab Berlaku Baik Terhadap Anak Yatim
Sesiapa yang memelihara seorang anak yatim dari kaum muslimin untuk menjamin makan minumnya sehingga ia cukup sendiri, maka Allah mewajibkan keatasnya syurga dengan pasti kecuali jika ia berbuat amal yang tidak diampunkan Allah. Dan siapa yang dicabut Allah penglihatannya (kesayangannya) lalu sabar dan mengharap pahala dai Allah maka Allah mewajibkan keatasnya syurga yang pasti kecual jika ia berbuat amal yang tidak diampunkan oleh Allah. Dan ketika ditanya: Apakah karimah ( kesayangannya itu?) Jawab Nabi s.a.w : Matanya. Dan siapa yang mempunyai tiga puteri lalu didik dan dibelanjai sehingga mati atau kahwin, maka Allah mewajbkannya syurga kecual jika ia berbuat amal yang tidak diampunkan oleh Allah. lalu seorang badwi bertanya: Ya Rasullullah, bagaimana jika hanya dua orang puteri? Jawab Nabi s.a.w : Juga Dua orang puteri. Ibn Abbas jika menceritakan hadtih ini berkata: Bahawa hadith ini termasuk daripada hadith ganjil istimewa.
Memelihara Anak Yatim
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasullullah s.a.w bersabda:
Friday, August 20, 2010