Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Hubungi Kami

|
Klik disini.

Perhimpunan Perdana Ramadhan

|

Semua Dijemput Hadir. Sebarkan kepada yang lain.

TARIKH: 29 Ogos 2010 (AHAD)
MASA: 8.00 PAGI
TEMPAT: DEWAN SAADAH, WISMA MUIS


klik gambar untuk imej lebih besar

Aturcara :

8 pagi :
Pendaftaran

8.30 pg :
Bacaan al-Quran oleh adik Nasraf Nahar
Persembahan nasyid oleh U.Akhwan Afandy [Yayasan Amal Malaysia]

9.30 pg :
Diskusi mengenai Wakaf, hukum dan kelebihannya. [Ust.Abdullah Din – YDP ABIM Padang Terap, Kedah]

10.30 pg :
Taklimat khas Kempen Wakaf masjid Penampang. Tn Hj Sainuri Hj Yahmin – Pengerusi Majlis NGO Islam Sabah (CONCERN).

11.00 pg :
Ceramah Gaza Palestin – Tn Hj Jamaluddin Elias [Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia]

12.30 tgh :
Solat Zohor berjemaah

1.00 tgh :
Sesi soal jawab

2.30 tgh :
Majlis bersurai

Program dan Kunjungan RPH (Julai 2010)

|

Untuk pengetahuan pengunjung web blog Rumah Putera Harapan (RPH) berikut adalah senarai aktiviti akan datang RPH dalam bulan Julai 2010:

8 Julai 2010 - Program Lawatan Amal Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Ranau

10 Julai 2010 - Penyerahan Buku Akaun Anak-Anak RPH
- Jam 8.00 pagi
- Dewan Terbuka Kundasang

20 Julai 2010 - Ulang Tahun Penubuhan Rumah Putera Harapan Yang Ke - 2
- 8.00 pagi hingga 2.00 petang
- Bertempat di RPH

Sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu melawat, memberi sumbangan material atau kewangan, sila hubungi
Ustaz Sabri di talian +60198993315


Salurkan bantuan kewangan kepada Rumah Putera Harapan (RPH) melalui Bank Islam Malaysia Berhad

Penama:
Rumah Putera Harapan, ABIM Negeri Sabah
No Akaun:
10016010066811

Info: Sukarelawan Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau

|
Assalamualaikum w.b.t

Kami doakan kesejahteraan keatas saudara saudari, tuan puan yang mengunjungi web blog Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau. Semoga hari-hari anda ceria dan dilimpahi rahmat Allah s.w.t

Alhamdulillah, beberapa kempen yang telah kami lancarkan secara maya melalui web blog ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Terima kasih kami ucapkan kepada anda yang telah menyumbang tenaga dan bantuan kewangan kepada anak-anak RPH. Hanya Allah sahaja yang mampu memberi ganjaran setimpal atas kebaikan yang telah saudara saudari, tuan puan berikan.

Admin web blog RPH ada menerima pertanyaan mengenai bagaimana untuk turut serta sebagai sukarelawan di Rumah Putera Harapan (RPH). Jika anda merupakan pelajar atau individual yang mempunyai masa terluang dan berminat untuk menjadi sukarelawan, boleh hubungi
Ustaz Sabri di talian 0198993315.

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Abi Aufa r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:


Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana kasih sayang maka Allah mencatat untuknya bagi tiap rambut yang diusap satu hasanat, dan dihapuskan satu dosa, dan dinaikkan satu derajat

Senarai Rumah Anak Yatim Seluruh Malaysia

|
Boleh di dapati melalui laman web ini: Rumah Anak Yatim | klik sini

Hadis Nabi

|
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesiapa yang memelihara seorang anak yatim dari kaum muslimin untuk menjamin makan minumnya sehingga dia boleh hidup sendiri, maka Allah mewajibkan untuknya syurga dengan pasti, kecuali jika dia berbuat amal yang tidak diampunkan oleh Allah Ta'ala.

Hadith Nabi

|
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Abi Aufa r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana kasih sayang maka Allah mencatat untuknya bagi tiap rambut yang diusap satu hasanat, dan dihapuskan satu dosa, dan dinaikkan satu derajat.

Makluman

|
Salam,

Bagi sesiapa yg menderma kepada RPH Ranau (untuk kempen Satu bantal Satu harapan) melalui kaedah memasukkan wang ke akaun RPH, sila beritahu admin supaya wang tersebut dapat di gunakan khas untuk membeli bantal baru.

admin: ahmadfaridsainuri@yahoo.com

Syukran.

Tabung Derma RPH

|




Salurkan bantuan kewangan kepada Rumah Putera Harapan (RPH) melalui:

Bank Islam: 1001 6010 0668 11
Maybank: 5602 1405 5438
Agro Bank: 1007 5610 0000 2285
CIMB: 860 207 1171

Atau hubungi pengurus RPH (Untuk sumbangan material/bahan bacaan/dsbnya):

Warden /Pengurus RPH 
Ust Mohd Sabri Abdullah Tel HP: 0198993315 / 0198833197
Tel: 088-876296

Berikut merupakan ahli jawatankuasa Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau yang telah dikemaskini;

Pengerusi Sunoto Bin Haji Yahmin Tel: 013 8511606
Timbalan Pengerusi Hj Zainal Bin Syafie Tel: 019 2222944
Setiausaha Adi Zaini Bin Ahmad Tel: 013 8808675
Bendahari Hasanuddin Guliling Tel: 019 8517080

"Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !" Surah al-Ma'un ayat 1 hingga 2

Hubungi Kami

|


  • Person In Charge

Ust Mohd Sabri Abdullah

Tel HP: 0198993315 / 0198833197
Tel: 088-876296
Pengurus Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau


Berikut merupakan ahli jawatankuasa Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau yang telah dikemaskini;

Pengerusi 
Sunoto Bin Haji Yahmin
Tel: 013 8511606

Timbalan Pengerusi
Hj Zainal Bin Syafie
Tel: 019 2222944

Setiausaha
Adi Zaini Bin Ahmad
Tel: 013 8808675

Bendahari
Hasanuddin Guliling
Tel: 019 8517080


Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zhalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (Neraka), (An-Nisaa': 10)



Hubungi admin blog RPH Ranau melalui: ahmadfaridsainuri@yahoo.com
Dikemaskini pada: 20/5/2013

Mengenai Rumah Putera Harapan (RPH)

|
Pengenalan : Penubuhan RPH

Rumah Putera Harapan (RPH) merupakan sebuah rumah perlindungan kanak-kanak terbiar di negeri Sabah khususnya di daerah Ranau. RPH diasaskan oleh NGO Islam dan telah dibuka pada 12 Julai 2008. Kanak-kanak yang membesar tanpa ibu bapa (yatim piatu), kematian salah satu daripanya (yatim), mangsa penceraian dan kemiskinan cenderung untuk tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Atas kesedaran ini, badan-badan NGO Islam khususnya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merasakan betapa nasib kanak-kanak ini perlu dibela dengan menyediakan tempat perlindungan dan menyiapkan pendidikan untuk mereka.


image0119


Objektif
  • Memberi perlindungan dan peluang pendidikan kepada kanak-kanak terbiar dan terpinggir dalam pendidikan kerana dibelenggu masalah kemiskinan agar dapat meneruskan pembelajaran dengan sempurna.
  • Memberi pilihan kepada ibu, bapa atau penjaga yang ingin menempatkan anak-anak mereka di tempat tinggal yang lebih selamat dan terjamin di bawah pengurusan yang baik.
  • Memberi bantuan pendidikan dengan mengadakan kelas-kelas tuisyen dan bimbingan yang akan dikendalikan oleh guru-guru yang bertauliah.


RIWAYAT At-Tirmizi, Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni.