Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau

Kempen: Mari Menunaikan Solat (حي على الصلاة)

|

Anak-anak RPH yang tinggal di Kg Sumbilingan, Ranau di didik untuk mengerjakan solat

Assalamualakum w.b.t

Kempen '
Mari menunaikan Solat' (حي على الصلاة) ini adalah bertujuan untuk memberi motivasi dan menekan kan kepentingan solat dalam kehidupan seorang Muslim dalam kalangan anak-anak RPH. Walaupun lokasi Rumah Putera Harapan (RPH) terletak bersebelahan dengan Masjid Daerah Ranau, dimana mereka menunaikan solat 5 waktu setiap kali azan berkumandang, adalah lebih baik jika dapat di bekalkan anak-anak ini dengan sejadah (tikar sembahyang), baju melayu, kopiah, kain pelikat sebagai pendorong mereka untuk lebih rajin mengerjakan solat.

Pihak pengurusan bercadang untuk membeli:
  1. Sejadah
  2. Kopiah
  3. Baju Melayu
  4. Kain pelikat
Disamping boleh terus digunakan oleh anak-anak RPH setelah keluar dari asuhan RPH Ranau, kelengkapan solat ini pasti menggembirakan mereka InsyaAllah.

Kelengkapan solat ini semestinya memudahkan pengasuh RPH untuk mendidik anak-anak RPH menjadi imam dalam solat. Hal ini kerana, buat masa ini mereka hanya menunaikan solat di Masjid, tentunya mereka tidak pernah menjadi imam. Apabila mereka biasa menjadi imam dalam solat, secara tidak langsung dapat mendidik mereka untuk berani menjadi pemimpin. Keterampilan sebagai seorang Muslim yang berani merupakan ciri-ciri keperibadian mulia yang dimiliki Nabi kita dan juga sahabat-sahabat baginda.

Untuk menyumbang, pihak pengurusan mencadangkan
RM60 untuk membekalkan kelengkapan solat bagi seorang anak. Akan tetapi, kami berbesar hati untuk menerima beberapa pun selagi ianya ikhlas dari pihak saudara saudari, tuan puan. Wang tersebut boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam RPH:

Bank:
Bank Islam Malaysia Berhad
Penama:
Rumah Putera Harapan, ABIM Negeri Sabah
No Akaun:
10016010066811

Untuk pengetahuan anda, RPH tidak mempunyai akaun lain selain Bank Islam. Jika anda ingin menyalurkan bantuan kewangan melalui Maybank, CIMB atau Bank Rakyat, boleh hubungi admin web blog RPH melalui:

ahmadfaridsainuri@yahoo.com

Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada admin melalui email diatas. Jika tidak keberatan, tolong sebarkan link web blog RPH kepada teman-teman yang lain. Semoga Allah memberkati jasa saudara saudari, tuan puan sekalian InsyaAllah. Amin ya rabal a'lamin.

--


Perintahlah anak-anak mu mengerjakan solat sewaktu ia berusia 7 tahun dan pukullah mereka sesudah mereka mencapai usia 10 tahun serta pisah-pisahkanlah tempat tidur antara mereka

Riwayat Abu Daud