Sesiapa yang memelihara seorang anak yatim dari kaum muslimin untuk menjamin makan minumnya sehingga dia boleh hidup sendiri, maka Allah mewajibkan untuknya syurga dengan pasti, kecuali jika dia berbuat amal yang tidak diampunkan oleh Allah Ta'ala.
Hadis Nabi
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sunday, January 31, 2010
Kempen: Buku Untuk Anakku
Assalamualaikum w.b.t
Pertamanya kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bermurah hati menyedekahkan sumbangan bagi menjayakan kempen "Satu Bantal Satu Harapan". Alhamdulillah, kini anak-anak di RPH dapat dibekalkan dengan bantal-bantal dan cadar baru. Syukran Jazilan.
Selaras dengan ajaran Islam yg mewajibkan ilmu keatas setiap penganutnya lelaki mahupun perempuan, pihak pengurusan RPH melancarkan kempen "Buku Untuk Anakku". Kempen ini adalah usaha untuk menambah jumlah bahan bacaan di RPH. Lebih banyak buku-buku yg tersedia di sana, semakin banyak ilmu yg boleh diperoleh oleh anak-anak RPH.

Idea utamanya adalah untuk mengajak anda semua untuk beramal jariah dengan menyedekahkan apa-apa bahan bacaan ilmiah kepada anak-anak Rumah Putera Harapan, yang baru atau terpakai.. Kempen Buku Untuk Anakku adalah usahakita bersama untuk menyiapkan anak-anak ini dengan ilmu dan dengan harapan mereka akan memanfaatkan ilmu yang diraih.
Kami akan menyediakan kotak-kotak kosong di beberapa lokasi untuk anda semua meletakkan buku-buku yg ingin disedekahkan kepada RPH Ranau. Lokasi-lokasi nya adalah:
Kaedah kedua ialah dengan menghantar terus buku-buku yg ingin disedekahkan (dikotakkan) ke Rumah Putera Harapan Ranau atau ke pejabat ABIM Negeri Sabah
Rumah Putera Harapan Ranau: Lot No 3, Bangunan Serbaguna Koperasi Bakti Peti Surat 960, 89308 Ranau Sabah, Malaysia. +60198993315
Pejabat ABIM Sabah: Bekas pejabat YAPIEM Sabah.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi admin web RPH (ahmadfaridsainuri@yahoo.com)
Pertamanya kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bermurah hati menyedekahkan sumbangan bagi menjayakan kempen "Satu Bantal Satu Harapan". Alhamdulillah, kini anak-anak di RPH dapat dibekalkan dengan bantal-bantal dan cadar baru. Syukran Jazilan.
Selaras dengan ajaran Islam yg mewajibkan ilmu keatas setiap penganutnya lelaki mahupun perempuan, pihak pengurusan RPH melancarkan kempen "Buku Untuk Anakku". Kempen ini adalah usaha untuk menambah jumlah bahan bacaan di RPH. Lebih banyak buku-buku yg tersedia di sana, semakin banyak ilmu yg boleh diperoleh oleh anak-anak RPH.

Kami akan menyediakan kotak-kotak kosong di beberapa lokasi untuk anda semua meletakkan buku-buku yg ingin disedekahkan kepada RPH Ranau. Lokasi-lokasi nya adalah:
- Restoren Sutera Bayu, Sembulan (Grace Court, Kota Kinabalu)
- Taski ABIM Pasir Putih, Kota Kinabalu
- Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
- Restoren Sinar Mustika, Putatan
Kaedah kedua ialah dengan menghantar terus buku-buku yg ingin disedekahkan (dikotakkan) ke Rumah Putera Harapan Ranau atau ke pejabat ABIM Negeri Sabah
Rumah Putera Harapan Ranau: Lot No 3, Bangunan Serbaguna Koperasi Bakti Peti Surat 960, 89308 Ranau Sabah, Malaysia. +60198993315
Pejabat ABIM Sabah: Bekas pejabat YAPIEM Sabah.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi admin web RPH (ahmadfaridsainuri@yahoo.com)
”Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman diantara kalian dan orang-orang yang berilmu beberapa derajat.” (QS. Al Mujadalah : 11)
Wednesday, January 27, 2010
Hadith Nabi
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Abi Aufa r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana kasih sayang maka Allah mencatat untuknya bagi tiap rambut yang diusap satu hasanat, dan dihapuskan satu dosa, dan dinaikkan satu derajat.
Sunday, January 17, 2010
Perkembangan Terbaru Kempen Satu Bantal Satu Harapan
Alhamdulillah. Kempen ini telah mencapai matlamatnya. Terima kasih pada para penyumbang. Mudah-mudahan di terima Allah SWT sebagai amal soleh. Di murahkan rezeki oleh Nya dan terus membantu saudara-saudara kita yang memerlukan. War-warkan pada saudara mara, sahabat handai, rakan taulan tentang Rumah Putera Harapan Ranau[RPH] . Anak-anak di RPH memerlukan bantuan dari semua yang prihatin.
Makluman
Salam,
Bagi sesiapa yg menderma kepada RPH Ranau (untuk kempen Satu bantal Satu harapan) melalui kaedah memasukkan wang ke akaun RPH, sila beritahu admin supaya wang tersebut dapat di gunakan khas untuk membeli bantal baru.
admin: ahmadfaridsainuri@yahoo.com
Syukran.

Tuesday, January 12, 2010
Perkembangan Kempen Satu Bantal Satu Harapan
Salam, terima kasih kepada yang sudi menyumbangkan bantuan kewangan dan juga sokongan berupa semangat kepada Rumah Putera Harapan selama ini.
Ini sedikit perkembangan mengenai kempen Satu Bantal Satu Harapan yang telah dilancarkan secara maya pada 14/12/2009 yg lepas. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen tersebut, KLIK DISINI .
Setakat ini, bantuan yg diterima membolehkan pihak pengurusan RPH membeli 7 biji bantal baru. Anak-anak RPH sehingga tarikh entri ini ditulis adalah seramai 25 orang. Diharap anda semua yg prihatin sudi untuk menghulur bantuan kepada anak-anak yatim / kurang berkemampuan ini agar mereka dapat dibentuk menjadi pemuda-pemuda sihat yg bisa menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Kaedah untuk membantu adalah seperti yg tertera di bawah:
1) Menaja seorang anak RM40 (Bantal dan cadar)
- Bank in ke Bank Islam Malaysia Berhad:
Penama: Rumah Putera Harapan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
No Akaun: 10016010066811
2) Ke RPH Ranau secara terus
- Semua pihak di alu-alu kan untuk berkunjung ke RPH Ranau dan membawa bantal, sarung bantal, tilam, cadar baru untuk diberi kepada anak-anak ini. (bantuan-bantuan lain juga dialu-alulan)
- Hubungi kami
Jazakallah

hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud: Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim).
Tuesday, January 5, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)