Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau

Kempen: Buku Untuk Anakku

|
Assalamualaikum w.b.t

Pertamanya kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bermurah hati menyedekahkan sumbangan bagi menjayakan kempen "
Satu Bantal Satu Harapan". Alhamdulillah, kini anak-anak di RPH dapat dibekalkan dengan bantal-bantal dan cadar baru. Syukran Jazilan.

Selaras dengan ajaran Islam yg mewajibkan ilmu keatas setiap penganutnya lelaki mahupun perempuan, pihak pengurusan RPH melancarkan kempen "
Buku Untuk Anakku". Kempen ini adalah usaha untuk menambah jumlah bahan bacaan di RPH. Lebih banyak buku-buku yg tersedia di sana, semakin banyak ilmu yg boleh diperoleh oleh anak-anak RPH.

http://mudin001.com/wp-content/uploads/2008/12/stackofbooks.jpg


Idea utamanya adalah untuk mengajak anda semua untuk beramal jariah dengan menyedekahkan apa-apa bahan bacaan ilmiah kepada anak-anak Rumah Putera Harapan, yang baru atau terpakai.. Kempen Buku Untuk Anakku adalah usahakita bersama untuk menyiapkan anak-anak ini dengan ilmu dan dengan harapan mereka akan memanfaatkan ilmu yang diraih.

Kami akan menyediakan kotak-kotak kosong di beberapa lokasi untuk anda semua meletakkan buku-buku yg ingin disedekahkan kepada RPH Ranau. Lokasi-lokasi nya adalah:

  1. Restoren Sutera Bayu, Sembulan (Grace Court, Kota Kinabalu)
  2. Taski ABIM Pasir Putih, Kota Kinabalu
  3. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
  4. Restoren Sinar Mustika, Putatan


Kaedah kedua ialah dengan menghantar terus buku-buku yg ingin disedekahkan (dikotakkan) ke Rumah Putera Harapan Ranau atau ke pejabat ABIM Negeri Sabah

Rumah Putera Harapan Ranau: Lot No 3, Bangunan Serbaguna Koperasi Bakti Peti Surat 960, 89308 Ranau Sabah, Malaysia. +60198993315

Pejabat ABIM Sabah: Bekas pejabat YAPIEM Sabah.



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi admin web RPH (
ahmadfaridsainuri@yahoo.com)


Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman diantara kalian dan orang-orang yang berilmu beberapa derajat.” (QS. Al Mujadalah : 11)