Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau

Perkembangan Kempen Satu Bantal Satu Harapan

|
Salam, terima kasih kepada yang sudi menyumbangkan bantuan kewangan dan juga sokongan berupa semangat kepada Rumah Putera Harapan selama ini.

Ini sedikit perkembangan mengenai kempen Satu Bantal Satu Harapan yang telah dilancarkan secara maya pada 14/12/2009 yg lepas. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen tersebut, KLIK DISINI .





Setakat ini, bantuan yg diterima membolehkan pihak pengurusan RPH membeli 7 biji bantal baru. Anak-anak RPH sehingga tarikh entri ini ditulis adalah seramai 25 orang. Diharap anda semua yg prihatin sudi untuk menghulur bantuan kepada anak-anak yatim / kurang berkemampuan ini agar mereka dapat dibentuk menjadi pemuda-pemuda sihat yg bisa menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.


Kaedah untuk membantu adalah seperti yg tertera di bawah:

1) Menaja seorang anak RM40 (Bantal dan cadar)
- Bank in ke Bank Islam Malaysia Berhad:
Penama: Rumah Putera Harapan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
No Akaun: 10016010066811

2) Ke RPH Ranau secara terus
- Semua pihak di alu-alu kan untuk berkunjung ke RPH Ranau dan membawa bantal, sarung bantal, tilam, cadar baru untuk diberi kepada anak-anak ini. (bantuan-bantuan lain juga dialu-alulan)
- Hubungi kami


Jazakallah

hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud: Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim).