Pada 21 Ogos 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431 Hijriah, Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Negeri Sabah bersama-sama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah telah menganjurkan program Menyantuni Anak Yatim di Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau, Sabah. Objektif program adalah untuk meraikan anak-anak Rumah Putera Harapan dengan menghadiahkan mereka baju melayu sempena Aidilfitri yang bakal menjelang.
Sumbangan daripada ahli WADAH dan ABIM Negeri Sabah serta tidak terkecuali sumbangan orang ramai (Organisasi dan persendirian) dimanfaatkan untuk membeli baju baru untuk anak-anak RPH.
Pihak RPH amatlah menggalakkan penyertaan tuan puan dalam program seumpama ini bagi menceriakan hari anak-anak RPH di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Anak-anak RPH kelihatan lesu kerana berlatih berpuasa dalam bulan Ramadhan. Insya Allah akan terbiasa kelak.
Baju Melayu baru untuk semua putera harapan kita.
Penyampaian Baju Baru daripada wakil ABIM Negeri Sabah
Baju Baru
Ucapan daripada Pengerusi WADAH Negeri Sabah. Hj Sainuri Yahmin
Kami doakan kemurahan rezeki, kerahmatan hidup daripada Allah s.w.t kepada semua penyumbang yang telah bermurah hati menderma wang, bahan makanan, bahan bacaan dan sumbangan yang lain kepada Rumah Putera Harapan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Jazakallahu khairun kathira.
Sebarang pertanyaan untuk mengadakan lawatan/sumbangan/aktiviti di/kepada RPH, Sila klik disini.
Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya. (HR. Muslim, no. 2588)
Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasullullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang memelihara seorang anak yatim dari kaum muslimin untuk menjamin makan minumnya sehingga ia cukup sendiri, maka Allah mewajibkan keatasnya syurga dengan pasti kecuali jika ia berbuat amal yang tidak diampunkan Allah. Dan siapa yang dicabut Allah penglihatannya (kesayangannya) lalu sabar dan mengharap pahala dai Allah maka Allah mewajibkan keatasnya syurga yang pasti kecual jika ia berbuat amal yang tidak diampunkan oleh Allah. Dan ketika ditanya: Apakah karimah ( kesayangannya itu?) Jawab Nabi s.a.w : Matanya. Dan siapa yang mempunyai tiga puteri lalu didik dan dibelanjai sehingga mati atau kahwin, maka Allah mewajbkannya syurga kecual jika ia berbuat amal yang tidak diampunkan oleh Allah. lalu seorang badwi bertanya: Ya Rasullullah, bagaimana jika hanya dua orang puteri? Jawab Nabi s.a.w : Juga Dua orang puteri. Ibn Abbas jika menceritakan hadtih ini berkata: Bahawa hadith ini termasuk daripada hadith ganjil istimewa.
Tanbihul Ghafilin M.S 527 Bab Berlaku Baik Terhadap Anak Yatim
Biayai kehidupan anak-anak Rumah Putera Harapan: Click
Salam Ramadhan daripada kami, warga kerja Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Insya Allah.
Bagi memanfaatkan bulan mulia yang tuhan beri kesempatan kepada kita untuk melaluinya, marilah melipat gandakan amalan dengan melebihkan sedekah, solat, bacaan Al-Quran dan semua yang diniatkan di jalan Allah.
Sebagai Perkongsian:
1. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)
-- --
2. 7 Golongan mendapat naungan Allah di Akhirat
رجل تصدق بصدقة فأخفاها، حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (HR. Bukhari no. 1421)
-- --
3. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
ما نقصت صدقة من مال وما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)
-- --
Salurkan sumbangan ikhlas anda kepada RPH Ranau melalui:
Bank Islam Malaysia Berhad Penama: Rumah Putera Harapan, ABIM Negeri Sabah No Akaun: 10016010066811
Ust Mohd Sabri Abdullah Tel HP: 0198993315 / 0198833197 Tel: 088-876296
Berikut merupakan ahli jawatankuasa Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau yang telah dikemaskini;
Pengerusi Sunoto Bin Haji Yahmin Tel: 013 8511606
Timbalan Pengerusi Hj Zainal Bin Syafie Tel: 019 2222944 Setiausaha Adi Zaini Bin Ahmad Tel: 013 8808675 Bendahari Hasanuddin Guliling Tel: 019 8517080