Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau

Menyantuni Anak Yatim | WADAH Negeri Sabah

|

Pada 21 Ogos 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431 Hijriah, Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Negeri Sabah bersama-sama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah telah menganjurkan program Menyantuni Anak Yatim di Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau, Sabah. Objektif program adalah untuk meraikan anak-anak Rumah Putera Harapan dengan menghadiahkan mereka baju melayu sempena Aidilfitri yang bakal menjelang.



Sumbangan daripada ahli WADAH dan ABIM Negeri Sabah serta tidak terkecuali sumbangan orang ramai (Organisasi dan persendirian) dimanfaatkan untuk membeli baju baru untuk anak-anak RPH.



Pihak RPH amatlah menggalakkan penyertaan tuan puan dalam program seumpama ini bagi menceriakan hari anak-anak RPH di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Anak-anak RPH kelihatan lesu kerana berlatih berpuasa dalam bulan Ramadhan. Insya Allah akan terbiasa kelak.


Baju Melayu baru untuk semua putera harapan kita.



Penyampaian Baju Baru daripada wakil ABIM Negeri Sabah


Baju Baru


Ucapan daripada Pengerusi WADAH Negeri Sabah. Hj Sainuri Yahmin


Kami doakan kemurahan rezeki, kerahmatan hidup daripada Allah s.w.t kepada semua penyumbang yang telah bermurah hati menderma wang, bahan makanan, bahan bacaan dan sumbangan yang lain kepada Rumah Putera Harapan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Jazakallahu khairun kathira.

Sebarang pertanyaan untuk mengadakan lawatan/sumbangan/aktiviti di/kepada RPH, Sila klik disini.


Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya. (HR. Muslim, no. 2588)