Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau

Apa itu Kebebasan?

|
Di dalam kehidupan manusia kebebasan di sertai dengan peraturan. Peraturan diadakan adalah untuk menjaga kesejahteraan manusia sendiri. Ianya bukan bermaksud untuk menyekat kebebasan manusia. Sebagai contoh lampu isyarat ialah bukan untuk menyekat pengguna jalanraya tetapi ialah untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan. Bayangkan jika pengguna jalanraya tidak memenuhi peraturan jalanraya sudah pasti kemalangan /kematian dan kehancuran tentu akan berleluasa.

http://mstar.com.my/archives/2007/8/13/TERKINI/Mutakhir/tragedi1308a.jpg
Kemalangan jalan raya meragut nyawa ahli keluarga kita yang tidak berdosa

Apa yang dilaporkan di dada akhbar tentang kemalangan yang menyebabkan kematian dan kecedaraan adalah lantaran tidak memperdulikan peraturan jalanraya , tidak mematuhi had laju dan tidak berdisplin di jalanraya. Peraturan untuk tidak merosakkan harta benda awam juga ialah untuk kesejahteraan manusia. Harta benda itu adalah untuk kemudahan masyarakat. Masyarakat tidak boleh menerima anggotanya yang akan merosakkan kemudahan yang ada. Justeru kebebasan bukan bermakna seseorang itu oleh membuat sesuka hati tanpa mematuhi peraturan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0728/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.5.jpg
Vandalisma terhadap telefon awam

http://www.doe.gov.my/zoom/berita_harian/i10788.JPG
Vandalisma terhadap alam sekitar

Akta dan undang-undang untuk menjaga eko-sistem alam juga adalah demi kesejahteraan manusia. Manusia tidak dibenarkan merosakkan hutan rimba, pokok-pokok, sungai, pantai dan sebagainya. Manusia bebas menikmati kemudahan namun mereka masih tertakluk kepada peraturan agar komponen alam sekitar tersebut dapat terus kekal, tidak rosak dan tidak tercemar di tangan mereka yang tidak bertanggungjawab atas nama kebebasan.

Apa pun nama yang dipanggil, seperti vandalisme bagi yang merosakkan harta awam atau developer bagi mereka yang meneroka dan membersih hutan untuk pembangunan, mereka semua tertakluk kepada peraturan. Ini kerana kalau mereka yang dipanggil ‘developer’ merosakkan kawasan tadahan air atau bukit bukau, mereka juga sebenarnya perosak atau vandalisme alam sekitar.

http://2.bp.blogspot.com/_qLW6caxBIaQ/ShIBceV8tuI/AAAAAAAAAgQ/xH8DMjdLzgI/s400/masalah%2Bsosial.jpg
Masalah sosial yang tidak berpenghujung

Di dalam kehidupan berkeluarga juga kebebasan tertakluk kepada peraturan. Ianya adalah untuk mempastikan keharmonian dan kebahagiaan sistem keluarga. Suami, isteri, ayah, ibu dan anak-anak tertakluk kepada peraturan. Kebebasan yang tidak dikawal oleh peraturan akan menyebabkan keporakperandaan dalam sistem keluarga. Ahli keluarga tidak saling menghormati di antara satu dengan yang lain. Bayangkan jika suami atau isteri sesuka hati membawa anasir negatif seperti membawa wanita atau lelaki bukan mahram ke dalam rumah pada bila-bila masa, ianya pasti akan membibitkan pergaduhan dan perselisihan faham. Anak-anak pula bebas membuat pesta atau parti di dalam rumah tanpa menghiraukan ibu bapa dan peraturan rumah.


http://1.bp.blogspot.com/_Uq-qRp_vrm0/SjSNY-VnjgI/AAAAAAAAAE8/j5vh60oseW4/S269/BACK+TTQ.jpg

Justeru kebebasan di dalam Islam tertakluk kepada blueprint (sibghah) yang telah ditentukan oleh yang Maha Pencipta. Dia yang telah menjadikan manusia maka peraturan yang digunapakai sudah pasti sesuai untuk kemanusiaan. Peraturan-peraturan tersebut ialah untuk kebaikan dan kesejahteraan manusia. Peraturan berkeluarga diikat dengan perkahwinan. Pergaulan bebas tanpa menghirau peraturan Illahi menyebabkan masalah kepada kedua keluarga, masyarakat dan Negara. Masalah sosial yang timbul adalah lantaran pelanggaran terhadap peraturan kehidupan di dalam masyarakat.