Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau

Info: Sukarelawan Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau

|
Assalamualaikum w.b.t

Kami doakan kesejahteraan keatas saudara saudari, tuan puan yang mengunjungi web blog Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau. Semoga hari-hari anda ceria dan dilimpahi rahmat Allah s.w.t

Alhamdulillah, beberapa kempen yang telah kami lancarkan secara maya melalui web blog ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Terima kasih kami ucapkan kepada anda yang telah menyumbang tenaga dan bantuan kewangan kepada anak-anak RPH. Hanya Allah sahaja yang mampu memberi ganjaran setimpal atas kebaikan yang telah saudara saudari, tuan puan berikan.

Admin web blog RPH ada menerima pertanyaan mengenai bagaimana untuk turut serta sebagai sukarelawan di Rumah Putera Harapan (RPH). Jika anda merupakan pelajar atau individual yang mempunyai masa terluang dan berminat untuk menjadi sukarelawan, boleh hubungi
Ustaz Sabri di talian 0198993315.

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Abi Aufa r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:


Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana kasih sayang maka Allah mencatat untuknya bagi tiap rambut yang diusap satu hasanat, dan dihapuskan satu dosa, dan dinaikkan satu derajat