Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau

Program Berkhatan RPH

|


Tarikh: 13 Disember 2009
Lokasi: Rumah Putera Harapan

Pada 13hb Disember 2009, RPH telah mengadakan program berkhatan beramai-ramai sempena cuti sekolah. Seramai 24 penghuni RPH terlibat dalam program tersebut. Menteri kebudayaan dan pelancongan negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun dengan berbesar hati merasmikan program cuti sekolah RPH ini.



Beliau menambah dalam ucapan perasmian beliau bahawa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sentiasa mendapat sokongan daripada beliau secara peribadi atau pun di peringkat pentadbiran kerjaan. Beliau mengumumkan dana sebanyak RM20,000 akan diluluskan sebagai tanda sokongan kepada RPH untuk tahun hadapan melalui ABIM Ranau.

Program bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari. Hospital Ranau membuka kaunter untuk kempen menderma darah dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Antara badan yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah Angkatan Belia Islam (ABIM) Ranau dan Kota Kinabalu, Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) negeri Sabah dan Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) daerah Ranau.

Klik untuk imej lebih besar


Kaunter derma darah Hospital Ranau


Pengunjung menderma darah


Ibu dan bapa tunggal yang hadir


Ketibaan Datuk Masidi Manjun


Kanak-kanak RPH yang telah selamat dikhatankan


Kanak-kanak RPH yang telah selamat dikhatankan


Kanak-kanak RPH yang telah selamat dikhatankan


Ucapan alu-aluan dari pengurus RPH Ustaz Sabri


Ucapan dari pengerusi WADAH Sabah Tuan Haji Sainuri


Perasmian program oleh Datuk Masidi Manjun


Pengunjung menikmati hidangan


Perbincangan bersama pengurus RPH





Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah.